Jawatan Kosong Penolong Penguasa Kastam

Jawatan kosong Penolong Penguasa Kastam – Adakah anda berminat untuk menjawat jawatan penolong penguasa kastam? Anda digalakkan memohon sekiranya memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak SPA seperti berikut.




Cara Memohon Jawatan Kosong Penolong Penguasa Kastam

SPA atau Suruhanjaya Perkhidmatan Awam akan mengeluarkan kenyataan iklan jawatan jika terdapat kekosongan atau keperluan untuk mengisi jawatan ini.

Jika anda benar-benar berminat, anda mesti peka dan sentiasa alert dengan update dari SPA supaya anda tidak terlepas. Permohonan biasanya dilakukan dalam masa yang singkat.

Untuk tidak terlepas hebahan iklan jawatan kosong penolong penguasa kastam, anda boleh memasukkan nama anda di dalam waiting list. Masukkan nama & email anda di bawah.

Kami akan memaklumkan kepada anda melalui email sebaik SPA mengeluarkan iklan jawatan kosong Penolong Penguasa Kastam.

 

Note : Kami tidak akan SPAM anda. Senarai menunggu ini hanya untuk jawatan Penolong Penguasa Kastam sahaja.

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. warganegara Malaysia;
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    1. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf oleh Kerajaan
      (Gaji Permulaan pada Gred WK29 : RM1,498.00); atau
    2. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
      (Gaji Permulaan pada Gred WK29 : RM1,498.00); atau
    3. Diploma dalam bidang berkaitan oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji Permulaan pada Gred WK29 : RM1,776.08)

Syarat Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penguasa Kastam adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Penguasa Kastam Gred WK29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

    1. mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
    2. lulus Peperiksaan Khas; dan
  1. had umur pelantikan:
    1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
    2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
    3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Tugas Penolong Penguasa Kastam

  1. Menyediakan laporan-laporan harga serta menyelenggara doket-doket harga agensi, surat-surat pekeliling Jabatan, surat-surat jaminan bank.
  2. Membantu dalam tugas-tugas penjenisan barang-barang dan taksiran harga barang-barang bagi tujuan pungutan duti.
  3. Mengawal pergerakan barang-barang kedai-kedai bebas cukai, memproses permohonan-permohonan pengecualian dari perlesenan cukai jualan.
  4. Mengawal perolehan, penyimpanan serta pelupusan barang-barang rampasan dalam stor-stor pencegah.
  5. Menyemak invois-invois syarikat bagi menentukan peraturan-peraturan cukai jualan dipatuhi.
  6. Menyelenggara penyata-penyata bayaran cukai jualan/cukai perkhidmatan/kad-kad lejer bayaran-bayaran cukai pelesenan dan menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan perkastaman yang lain.

Jadual Gaji Penolong Penguasa Kastam

Gaji Minimum : RM1,498.00
Gaji Maksimum : RM5,678.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00

 




Sila Like & Follow Facebook Page KerjaTerkini.com